Assalamualaikum w.b.t
Hello guys, so
seperti yang dijanjikan harini aku nak cerita pasal kos aku, iaitu Diploma
Pengurusan Halal. Omputih panggil Diploma in Halal Management. Dah nama pon
halal, so nak tak nak memang berkait dengan makanan dan seangkatan dengannya
lah. Actually memang itu yang aku nak. Lagipun masa aku search kat internet tu
dia cakap kos halal ni memang macam dapat sambutan hangat jugaklah dan
keperluan untuk bekerja pun tinggi sebab halal kat Malaysia ni kan makin lama
makin berkembang. Tengok ahh JAKIM cena. Ingat senang nak dapat sijil halal kat
Malaysia ni? So disebabkan aku minat benda2 macam ni, aku pun apply lah first
choice time isi upu.
Setiap sem akan
berbezalah enn subjek dia tapi aku nak focus dekat subjek sem 1 ja dulu sebab
aku pun baru habis sem 1 :โ) .So basicly, sem satu ni aka nada 8 subjek iaitu:
1.Fundamentals
of Islam (CTU101)
2.National
Kesatria I (HBU111)
3.Aqidah
Islamiyah (ISC100)
4.Akhlak
Islamiyah (ISC101)
5.Introduction
to Halal (ISH100)
6.Business
Mathematics (MAT112)
7.Foundation of
Arabic (Level 1) (TAC101)
8.Study Skills
(UED102)
9.Integrated
Language Skill (ELC121)
Fundamentals of
Islam
Dalam BM
panggil Prinsip-prinsip Asas Islam. Dah nama pun asas kan, so dia macam ulang
balik ja yang kita belajaq kat sekolah menengah dulu. Kalau tambah pun adalah
sikit2 tapi macam memang semua dah sedia maklum benda tu, cuma ingat tak ingat
ja. Subjek ni dia akan ada sampai sem 3 untuk semua kos. Cuma bila naik sem
nanti dia belajaq pasai benda lain lah pulak macam sejarah Islam, Sains dan
Islam macam tu lah.
National
Kesatria I
Aku sebenaqnya
sampai sekarang tak percaya lagi yang aku masuk kesatria. Sebab dari sebelum
masuk lagi aku dah target k aku takmau langsung terlibat dengan kesatria benda2
nih sebab untuk sem 1 kena kawad gaisss. Sapa yang pernah masuk kawad tu taulah
seksa dia cena. Tapi disebabkan time tu semua kelab dah penuh, so kesatria ja
yang tinggal untuk kami. Tapi memang kesatria negaralah yang orang majority
kena masuk sebab yang ada kat sini pun PBSM dengan lagi satu API (Kelas Agama).
Berapa kerat lah sangat kan yang terpilih untuk dua2 tu. So memang saki baki ni
dicampaklah ke kesatria negara. Tapi bila aku dah masuk, actually takdaklah
teruk sangat. Okey ja. Mungkin sebab komander kami pun baik kot berbanding
komander group lain. So takdaklah stress sangat. Nanti aka nada pertandingan
kawad iaitu PERKAD msa dkt tgh2 sem sket hritu. Time tu semua kena kawad x kira
hg masuk apa pun PBSM ka, API ka KESATRIA jangan cakap ahh enn. Alhamdulillah,
team aku dapat no 2 ๐ So macam
adalah benda manis untuk dikenang gak enn..nah sis lanje gambaq sikit
bersama komander yang comel ๐
Aqidah
Islamiyah
Dah nama pon
aqidah, so mestilah belajaq pasai aqidah. Pasai tauhid, mengenal Allah. Belajaq
aqidah ni yang bestnya sebab kita dapat tau benda baru yang sebelum ni orang
belum pernah cakap lagi dekat kita. Plus dapat membetulkan aqidah kita. Contoh
yang aku belajaq ialah ustazah tu ceritalah yang Allah ni wujud tanpa tempat
sebab Allah yang ciptakan tempat tu. Kita tak boleh cakap Allah ada dekat atas
sebab atas tu menunjukkan tempat. Cuma kita wajib percaya yang Allah tu wujud
tanpa tempat. Nak tau lebih mendalam lagi, belajaqlah aqidah ๐
Akhlak
Islamiyah
Subjek ni pon
sama jugak. Ada benda yang selama ni kalau kita fikir balik, macam owhh betul
jugak apa yang ustaz cakap tu. Contoh macam kalau sebut Rasulullah S.A.W mesti
orang akan selawat kan macam sallallahualaihiwasallam. Tapi maksud sebenar
ungkapan tu ialah selawat Allah ke atas nabi. Maksudnya tu Allah yang
berselawat ke atas nabi, jadi part mana yang kita selawat dekat nabi? So ustaz
pon cakap lah lain kali kalau nak sebut macam tu boleh, Cuma tak tepat lah.
Lebih tepatnya kita sendiri yang selawat iaitu Allahumma solli ala saidina
Muhammad. Tu baru tepat.
Introduction To
Halal
One of my
favourite subject jugak nih. Tapi bila jawab soalan exam hmmmh memang lain
daripada apa yang dalam slide yang ustazah bagi. Alhamdulillah past year
membantu jugak. Subject ni kita akan belajaq lah pasal makanan minuman yang
halal dan benda2 yang berkaitan dengan dia. Best jugak lah sebab kita belajaq
pasai apa yang kita makan enn. Contoh macam isi ketam yang selalu dalam yong
tau foo tu, nama dia surimi. Ada yang dijual kat pasaran sana tu ada yang tak
halal. Sebab apa pulak? Sebab ada syarikat yang letak plasma haiwan dalam isi
ketam tu untuk jadikan ketam tu kekal tekstur dia yang pejal walaupun suhu
tinggi. Banyak lagi sebenaqnya ustazah cerita. Tapi serius menarik.
Business
Mathematics
Yeahhh this is
my favourite subject. Sebab kira2 and kira2 dia tak susah sangat macam addmath
tu. Sebab subject ni dia macam kita boleh apply dalam kehidupan seharian kita.
Kalau nak berniaga bolehla pakai. Dah nama pon business math kan. Kalau sapa2
yang minat kira2 Inshaa Allah best subjek ni dan senang sikit nak skor sebab
past year dia tak berubah sangat pon pattern dia. Sama ja bentuk soalan.
Foundation Of
Arabic (Level I)
Arab ni bukan
arab yang macam complicated sikit masa zaman spm tu. Cuma arab yang basic2 ja
macam masa menengah rendah tu. Tapi serius enjoy belajaq arab dengan ustazah
sebab ustazah kadang2 suruh kami buat game lah apalah. Jadi tak stress lah
belajaq. Kelas arab yang paling enjoy sekali sebab tak stress.
Study Skills
Subjek ni ada
masa interim ja. So tak penting sangat tapi time result nanti adalah dia keluaq
lulus gagal ja, takdak gred pon. Kita belajaq pasai pengurusan masa dekat u,
macam mana nak buat nota and so on lah yang berkaitan dengan u. Tapi lepas
habis interim takdak dahla subjek ni.
Integrated
Language Skill
Ni subjek
English. Dia ajaq macam basic2 english jugak. Tapia da benda menarik yang aku
nak bagitau nih. Untuk sem satu, sapa2 yang takmau amik subjek ni boleh, tapi
dia kena amik test EPT masa interim tu dan dia kena exempted(lulus) dalam test
tu. So, untung kat kita baliklah yang lulus tu sebab dah kurang satu subjek.
Orang lain sibuk pi kelas bi, ada listening test pasemua tu kita rilek jer
tengok. Tapi sem 2 kena belajaq jugak bi. Cuma untuk sem 1 jalah rilek siket.
Okey ahh tu sempat gak merasa rilek.
So
kesimpulannya, subjek2 bagi sem satu ni just macam permulaan untuk subjek2
seterusnya dengan lebih mendalam. Nanti aku update subjek2 untuk sem2
seterusnya. So bagi sesiapa yang berminat dengan pengurusan halal nih, mintak
jelah. Aku mampu menyokong dari belakang jalah sebab tak semua orang tau
kewujudan kos ni. Bertuahlah bagi sesapa yang tau awal tu. K I think thatโs all
for today,bye, Assalamualaikum.