Saturday, February 23, 2019

Best kerr Halal??


Assalamualaikum w.b.t

Hello guys, so seperti yang dijanjikan harini aku nak cerita pasal kos aku, iaitu Diploma Pengurusan Halal. Omputih panggil Diploma in Halal Management. Dah nama pon halal, so nak tak nak memang berkait dengan makanan dan seangkatan dengannya lah. Actually memang itu yang aku nak. Lagipun masa aku search kat internet tu dia cakap kos halal ni memang macam dapat sambutan hangat jugaklah dan keperluan untuk bekerja pun tinggi sebab halal kat Malaysia ni kan makin lama makin berkembang. Tengok ahh JAKIM cena. Ingat senang nak dapat sijil halal kat Malaysia ni? So disebabkan aku minat benda2 macam ni, aku pun apply lah first choice time isi upu.
Setiap sem akan berbezalah enn subjek dia tapi aku nak focus dekat subjek sem 1 ja dulu sebab aku pun baru habis sem 1 :’) .So basicly, sem satu ni aka nada 8 subjek iaitu:

1.Fundamentals of Islam (CTU101)
2.National Kesatria I (HBU111)
3.Aqidah Islamiyah (ISC100)
4.Akhlak Islamiyah (ISC101)
5.Introduction to Halal (ISH100)
6.Business Mathematics (MAT112)
7.Foundation of Arabic (Level 1) (TAC101)
8.Study Skills (UED102)
9.Integrated Language Skill (ELC121)

Fundamentals of Islam

Dalam BM panggil Prinsip-prinsip Asas Islam. Dah nama pun asas kan, so dia macam ulang balik ja yang kita belajaq kat sekolah menengah dulu. Kalau tambah pun adalah sikit2 tapi macam memang semua dah sedia maklum benda tu, cuma ingat tak ingat ja. Subjek ni dia akan ada sampai sem 3 untuk semua kos. Cuma bila naik sem nanti dia belajaq pasai benda lain lah pulak macam sejarah Islam, Sains dan Islam macam tu lah.


National Kesatria I

Aku sebenaqnya sampai sekarang tak percaya lagi yang aku masuk kesatria. Sebab dari sebelum masuk lagi aku dah target k aku takmau langsung terlibat dengan kesatria benda2 nih sebab untuk sem 1 kena kawad gaisss. Sapa yang pernah masuk kawad tu taulah seksa dia cena. Tapi disebabkan time tu semua kelab dah penuh, so kesatria ja yang tinggal untuk kami. Tapi memang kesatria negaralah yang orang majority kena masuk sebab yang ada kat sini pun PBSM dengan lagi satu API (Kelas Agama). Berapa kerat lah sangat kan yang terpilih untuk dua2 tu. So memang saki baki ni dicampaklah ke kesatria negara. Tapi bila aku dah masuk, actually takdaklah teruk sangat. Okey ja. Mungkin sebab komander kami pun baik kot berbanding komander group lain. So takdaklah stress sangat. Nanti aka nada pertandingan kawad iaitu PERKAD msa dkt tgh2 sem sket hritu. Time tu semua kena kawad x kira hg masuk apa pun PBSM ka, API ka KESATRIA jangan cakap ahh enn. Alhamdulillah, team aku dapat no 2 😊 So macam adalah benda manis untuk dikenang gak enn..nah sis lanje gambaq sikit

bersama komander yang comel 😊


Aqidah Islamiyah

Dah nama pon aqidah, so mestilah belajaq pasai aqidah. Pasai tauhid, mengenal Allah. Belajaq aqidah ni yang bestnya sebab kita dapat tau benda baru yang sebelum ni orang belum pernah cakap lagi dekat kita. Plus dapat membetulkan aqidah kita. Contoh yang aku belajaq ialah ustazah tu ceritalah yang Allah ni wujud tanpa tempat sebab Allah yang ciptakan tempat tu. Kita tak boleh cakap Allah ada dekat atas sebab atas tu menunjukkan tempat. Cuma kita wajib percaya yang Allah tu wujud tanpa tempat. Nak tau lebih mendalam lagi, belajaqlah aqidah 😊


Akhlak Islamiyah

Subjek ni pon sama jugak. Ada benda yang selama ni kalau kita fikir balik, macam owhh betul jugak apa yang ustaz cakap tu. Contoh macam kalau sebut Rasulullah S.A.W mesti orang akan selawat kan macam sallallahualaihiwasallam. Tapi maksud sebenar ungkapan tu ialah selawat Allah ke atas nabi. Maksudnya tu Allah yang berselawat ke atas nabi, jadi part mana yang kita selawat dekat nabi? So ustaz pon cakap lah lain kali kalau nak sebut macam tu boleh, Cuma tak tepat lah. Lebih tepatnya kita sendiri yang selawat iaitu Allahumma solli ala saidina Muhammad. Tu baru tepat.


Introduction To Halal

One of my favourite subject jugak nih. Tapi bila jawab soalan exam hmmmh memang lain daripada apa yang dalam slide yang ustazah bagi. Alhamdulillah past year membantu jugak. Subject ni kita akan belajaq lah pasal makanan minuman yang halal dan benda2 yang berkaitan dengan dia. Best jugak lah sebab kita belajaq pasai apa yang kita makan enn. Contoh macam isi ketam yang selalu dalam yong tau foo tu, nama dia surimi. Ada yang dijual kat pasaran sana tu ada yang tak halal. Sebab apa pulak? Sebab ada syarikat yang letak plasma haiwan dalam isi ketam tu untuk jadikan ketam tu kekal tekstur dia yang pejal walaupun suhu tinggi. Banyak lagi sebenaqnya ustazah cerita. Tapi serius menarik.


Business Mathematics

Yeahhh this is my favourite subject. Sebab kira2 and kira2 dia tak susah sangat macam addmath tu. Sebab subject ni dia macam kita boleh apply dalam kehidupan seharian kita. Kalau nak berniaga bolehla pakai. Dah nama pon business math kan. Kalau sapa2 yang minat kira2 Inshaa Allah best subjek ni dan senang sikit nak skor sebab past year dia tak berubah sangat pon pattern dia. Sama ja bentuk soalan.


Foundation Of Arabic (Level I)

Arab ni bukan arab yang macam complicated sikit masa zaman spm tu. Cuma arab yang basic2 ja macam masa menengah rendah tu. Tapi serius enjoy belajaq arab dengan ustazah sebab ustazah kadang2 suruh kami buat game lah apalah. Jadi tak stress lah belajaq. Kelas arab yang paling enjoy sekali sebab tak stress.


Study Skills

Subjek ni ada masa interim ja. So tak penting sangat tapi time result nanti adalah dia keluaq lulus gagal ja, takdak gred pon. Kita belajaq pasai pengurusan masa dekat u, macam mana nak buat nota and so on lah yang berkaitan dengan u. Tapi lepas habis interim takdak dahla subjek ni.


Integrated Language Skill

Ni subjek English. Dia ajaq macam basic2 english jugak. Tapia da benda menarik yang aku nak bagitau nih. Untuk sem satu, sapa2 yang takmau amik subjek ni boleh, tapi dia kena amik test EPT masa interim tu dan dia kena exempted(lulus) dalam test tu. So, untung kat kita baliklah yang lulus tu sebab dah kurang satu subjek. Orang lain sibuk pi kelas bi, ada listening test pasemua tu kita rilek jer tengok. Tapi sem 2 kena belajaq jugak bi. Cuma untuk sem 1 jalah rilek siket. Okey ahh tu sempat gak merasa rilek.

So kesimpulannya, subjek2 bagi sem satu ni just macam permulaan untuk subjek2 seterusnya dengan lebih mendalam. Nanti aku update subjek2 untuk sem2 seterusnya. So bagi sesiapa yang berminat dengan pengurusan halal nih, mintak jelah. Aku mampu menyokong dari belakang jalah sebab tak semua orang tau kewujudan kos ni. Bertuahlah bagi sesapa yang tau awal tu. K I think that’s all for today,bye, Assalamualaikum.

1 comment:

Best kerr Halal??

Assalamualaikum w.b.t Hello guys, so seperti yang dijanjikan harini aku nak cerita pasal kos aku, iaitu Diploma Pengurusan Halal. Ompu...