Assalamualaikum w.b.t
Hi guys,
sebelum apa2, meh aku spill the tea about myself first. Nama dirahsiakan,
cukuplah setakat panggil sya sahaja yerr. Stay in Penang and currently studying
at N9. Hahhh jauh tak jauh? 7-8 jam gak kot klau naik keta. Kalau bas ada
sekali tu pernah sampai 10 jam gaisss, imagine lah cemana aku hadap berjam-jam
dalam bas. Tapi takpa, la ni dah okey sikit sebab aku naik ets, so dalam 5 jam
ja dari Seremban ke Butterworth. Aku anak laaassssssstttt sekali daripada 3 adik-beradik
(Saja buat terok). Mesti ada orang terpikiaq ceni kan “Dah kenapa nya tetiba
baru nak buat benda alah blog ni kan”. Actually sebelum ni aku pernah ada dua
tiga blog dah, tapi hmmmm ntahlah masa tu zaman tak matang lagi kot, aku pon
tak taulah apa yang aku tulis kat situ dulu. Tapi sekarang lain, kat sini aku
boleh share pengalaman2 yang aku dapat tentang U ka, tentang kos aku ka. Ok
lupa nk introduce habih2. Aku study kat UiTM Kuala Pilah, N9, kos Pengurusan
Halal (Halal Management). Mesti ada yang tak pernah dengaq enn pasai U dengan
kos aku tu?? Aku taulah, dah ramai dah orang aku jumpak mesti buat muka blur
bila aku sentuh pasai dua2 tu. Aku pun tau ada UiTM kat situ bila aku dapat
masuk situ.
Sebab tulah aku
buat benda nih, sebab aku search kat internet pon tak banyak sangat yang
keluaq, sikit2 ja plus bagi sapa yang berminat dengan kos Halal ni. Mehlerr
meramaikan budak2 halal kat sini gais,
seronok belajaq pasai halal ni walaupun aku baru habis sem 1. Banyak benda yang
sebelum ni aku tak pernah tau pun, dan rasa amazing bila dah tau benda tu.
Bukan untuk subjek halal ja, subjek lain pon. Tapi, sebelum apa2 meh aku cita
macam mana aku boleh sangkut kat tempat yang aku belajaq la ni.
Pada suatu pagi
yang indah jugaklah enn, aku nak p interview untuk ipg yang lisan punya. Nak
dijadikan cerita, haritu jugaklah dapat result upu. Sebelum kena interview,
kena masuk bilik menunggu. So time pukui 12 tengah hari tu dah boleh check, so
semua yang ada dalam tu pakat2 check ahh enn. Tengok2 Alhamdulillah, aku dapat
kos halal yang memang aku nak. Tapi masa tu aku tak check tempat U tu lg, sebab
aku assume yang sebelum2 ni, kos tu dekat Puncak Alam. Dengan bahagianya aku p
ws kat kawan aku yang aku dapat Puncak Alam. Sekali time dah nak balik
interview tu baru aku check sekali dia bagi UiTM Kampus Kuala Pilah (Beting)
HAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHA mampuss aku dahlah tak pernah dengaq tempat tu.
Tengok2 bila dah sampai situ hmmmm memang dikelilingi hutanlah cita dia. Kalau
sebut 7 kilometer ke dalam tu mesti semua orang tau sebab sebelum nak sampai
kat situ kena masuk dalam jalan yang 7 kilometer dikelilingi pokok2, ada gak
jerat cina. Feeling2 nak p ayaq terjun gituhh. Tapi walaupun dikelilingi hutan,
ada jugak kebaikan dia. So student2 kat situ takdaklah keja melepak kat luaq ja
kan, so depa akan fokus study (sangat). Setiap benda ada pro and cons enn, so
kita terima jalah. Ingat satu ja kalua rasa down, hang p situ nak belajaq,
bukan nak main2. Takat sekali-sekala tu bolehlah. Kat sini, serius aku cakap
kampus dia overall kecik ja, masuk pintu depan, depan sikit ada padang kawad
belah kiri, pastu depan sikit lagi ada fakulti dan yess ada satu ja tempat
untuk fakulti sebab sebelum ni ada satu ja fakulti tapi jadi dua sebab ada
halal. Tapi still guna fakulti yang sama. Pastu depaaaan lagi adalah kolej
kediaman semua student.
Sini ada dua ja
jenis blok. Seri Menanti dengan Seri Pilah. SM untuk perempuan, SP untuk laki.
Kat tengah2 tu adalah anjung (tempat makan). Surau pun dekat dataran tengah tu
jugak. Lupa nak habaq, sebelum sampai kolej belah kanan adalah segala jenis
court untuk budak2 bersukan. Honestly, memang kecik pun kampus tu. Nak pi
fakulti dari kolej pon jalan kaki dalam 10 minit sampai lah. Tapi enn, bila dah
terbiasa dengan kampus kecik ni aku rasa macam malas pulak nak pindah pi kampus
Shah Alam time degree nanti. Dahla kampus tu besaq gila hhmmm malas aku. Tapi
nak buat cemana, redha jalah. Kat sini dia macam apartmen gitu lah yang style
uitm yg baru punya. Satu rumah ada 3 bilik, 1 bilik ayaq. Satu bilik dua orang.
Best lah jugak susun camtu enn, at least takdaklah sunyi sangat rasa sebab ada
6 orang dalam satu2 rumah. Kalau nak melepak tempat2 best macam shopping
complex, adalah Kiara Mall kat Bahau, yang tu ada panggung wayang tapi macam
tak best sangat mall tu. Kalau nak lagi best pi kat Palm Mall, Seremban. Tak
pun ada AEON Nilai baru bukak tu, aku pun tak rasmi lagi. Cukuplah dulu untuk
harini ehh baca panjng2 lagi jemu. Nanti aku sambung pulak pasai kos aku. In
case kalau nak tanya apa2 pasai kampus ni, feel free to drop comment down here
k? K byeeee, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment